INFO RAMADAN (4) - Muhasabah Iman
Kita telah mendekati separuh bulan Ramadan.
Bulan yang penuh dengan pelbagai tawaran,
ganjaran dan peluang yang dikurniakan
Allah s.w.t. kepada hambanya.
Jaminan keampunan atau maghfirah,
pahala berganda, doa mustajab, pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan palbagai lagi.
Di sinilah perlunya kita menghitung
dan menilai tahap iman kita.
Kesemua peluang yang ditawarkan di atas adalah sangat hebat
dan menguntungkan bagi pemilik iman yang hakiki.
Bagaimana pula dengan kerja buat kita
di separuh Ramadan yang lepas?
Adakah kita telah menggandakan amalan kita?
Bagaimana dengan solat fardhu kita?
Bagaimana dengan solat berjemaah kita (bagi lelaki)?
Bagaimana dengan solat malam kita?
Bagaimana dengan tadarus Al-Quran kita?
Bagaimana dengan iftar dan sahur kita?
Bagaimana dengan doa dan munajat kita?
Bagaimana dengan tingkah laku dan pertuturan kita?
Bagaimana dengan infak dan derma kita?
bagaimana dengan persiapan lailatul Qadar kita?
dan lain-lain lagi...
Jika kita melalui Ramadan tanpa apa-apa peningkatan
demi merebut tawaran ghaib yang sangat hebat
dan mengujakan itu,
apalah yang boleh kita buktikan
untuk lebih baik di bulan-bulan yang lain
yang tiada tawaran setandingnya?
Jika dengan tawaran hebat pun
jiwa kita tidak bersungguh dan bersemangat,
apa yang boleh diharapkan di bulan
yang tiada tawaran-tawaran yang sehebat itu..
Tanyalah diri kita masing-masing..
Ada imankah dalam hatiku???
ya ALLAH moga aku, suami, anak anak dan kaum keluarga
sentiasa diberi hidayah dan berada dalam lindunganmu
amin amin amin
p/s: sudahkah aku mengunakan kesempatan
yang ada dengan sewajarnya
***sumber info ramadan ustaz PIMPIM UMP
Model tu comel sgt.. ^_^
ReplyDelete