Sunday, August 7, 2011

kEnaPa oRang tU Mie

salam isnin...chat semua..pose arini..hek3...
budak budak sekarang sangat berbeza dengan
budak zaman kite dulu
anak anak sekarang cepat leh belajar pose
wlaupun setengah hari jer
macam humaira..
sekolah dia melatih anak murid berpuasa setengah hari
sape larat leh teruskan sape tak larat leh makan

anak anak sekarang cepat peka n leh tangkap
sesuatu perkara dengan cepat
macam humaira yang banyak cakap
sampaikan adik dia pun ikut banyak cakap
dari soalan yang logik sampai yang tak soalan
yang tak terjawab dek kite
akan akan ditanya

contohnya baru baru ni
kat tv ade kuar berita orang mati lemas kerana melarikan diri dari
ditangkap tak berpuasa oleh pihak berkuasa
maira tengokla bita tu then dia tanya

"mi..kenapa orang tu mi"
"emmmm..dia mati sebab tak mau pose"
"nape dia tak mau pose mi"
"emmm....dia tak larat kot"
"nape dia xlarat mi"
"dia da tua kot"
"orang tua xleh pose ke mi"
"orang tua mestila kena pose jugak..macam atok..kan atok pose"
"abis nape dia tak pose mi..kakak kakak kat scol ayong pose jer"
"mungkin sebab dia malas nak pose atau dia sakit ke"
"nape malas mi..ALLAH kn marah orang malas"
"memangla ALLAH marah orang malas...ALLAH sayang orang rajin pose
rajin mengaji..rajin solat..orang yang dengar cakap"

"orang tu mati sebab dia tak pose tak dengar cakap ALLAH"
"polis nampak dia tak pose"
"polis datangla nak tangkap dia"
"dia lari dan terjun masuk kolam"
"dia tak pandai berenang"
"tu yang dia mati"

jangan ingat maira berhenti disitu

"ooooo..nape orang tu tak pandai berenang mi"

hahahaha..ape lagi me nak cakap
banyak sangat tanya nyer
then hadif plak menyampuk

"nape mi nape????"
"nape orang tu mi?"

aiyok....hahahahaha.....

sabar jer la.....

paling paling nak suh mereka tak tanya lagi
me suh mengaji atau ambik buku mewarna jer
tak punme duh jer maira bgtau adik dia plak....
hek3..zalim ke me gitu...




ni budak yang kuat bertanya tu
umi dia sibuk nak masak tuk berbuka
diaorang sibuk nak mandi kolam



sebab takmau kena banyak tanya nape tak leh mandi kolam
me letakkan kolam tu kat belakang umah..
buka pntu dapur
leh tengok n pantau diaorang mandi manda
hek3...


p/s : maira pernah tnya nape me tak pose n tak solat
hik2..tu lagi la puas na menjawab nyer dulu


*anak anak bertuah sungguh kalian

No comments:

Post a Comment