Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

INFO RAMADAN (4) - Muhasabah Iman



INFO RAMADAN (4) - Muhasabah Iman

Kita telah mendekati separuh bulan Ramadan.
Bulan yang penuh dengan pelbagai tawaran,
ganjaran dan peluang yang dikurniakan
Allah s.w.t. kepada hambanya.
Jaminan keampunan atau maghfirah,
pahala berganda, doa mustajab, pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan palbagai lagi.

Di sinilah perlunya kita menghitung
dan menilai tahap iman kita.
Kesemua peluang yang ditawarkan di atas adalah sangat hebat
dan menguntungkan bagi pemilik iman yang hakiki.

Bagaimana pula dengan kerja buat kita
di separuh Ramadan yang lepas?
Adakah kita telah menggandakan amalan kita?
Bagaimana dengan solat fardhu kita?
Bagaimana dengan solat berjemaah kita (bagi lelaki)?
Bagaimana dengan solat malam kita?
Bagaimana dengan tadarus Al-Quran kita?
Bagaimana dengan iftar dan sahur kita?
Bagaimana dengan doa dan munajat kita?
Bagaimana dengan tingkah laku dan pertuturan kita?
Bagaimana dengan infak dan derma kita?
bagaimana dengan persiapan lailatul Qadar kita?
dan lain-lain lagi...

Jika kita melalui Ramadan tanpa apa-apa peningkatan
demi merebut tawaran ghaib yang sangat hebat
dan mengujakan itu,
apalah yang boleh kita buktikan
untuk lebih baik di bulan-bulan yang lain
yang tiada tawaran setandingnya?

Jika dengan tawaran hebat pun
jiwa kita tidak bersungguh dan bersemangat,
apa yang boleh diharapkan di bulan
yang tiada tawaran-tawaran yang sehebat itu..

Tanyalah diri kita masing-masing..
Ada imankah dalam hatiku???






ya ALLAH moga aku, suami, anak anak dan kaum keluarga
sentiasa diberi hidayah dan berada dalam lindunganmu

amin amin amin


p/s: sudahkah aku mengunakan kesempatan
yang ada dengan sewajarnya




***sumber info ramadan ustaz PIMPIM UMP


Thursday, August 11, 2011

PErHaTiAn, sEnArAi KUiH yAnG mErBaHaYa!




AWAS DGN NAMA KUIH-KUIH NIH.....

Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute = Cek mek molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari

Kuih paling bodo = doDOL (ini kuih ke?)

Kuih paling style = Kuih CARA

Kuih untuk mekap = Tepung Gomak

Kuih paling alim = Kuih Ketayap

Kuih berlagu = Qasidah

Kuih ala hispanic = Kuih Lopez

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih paling kaya = Jala Emas

Kuih paling jauh = Kuih Bulan

Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk

Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom

Kuih suka pukul = Kuih Lompang

Kuih dalam zoo = Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt

Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang

Kuih suka pow = Pau

Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udangzzzzz

kuih paling tenteram - kuih makmur

kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit

kuih kannibal - telinga kelling

kuih org x mandi = BAU-LU

kuih paling banyak = kueh mueh

kueh bajet gebu = apam gebu

Kuih yang org lelaki gemar = Kuih Tat

kuih penuh dgn harapan = agar-agar

kuih palig panas= kuih bakar

Kuih control cun = Seri ayu

kuih paling warak- tokaji serban

kuih suka menari-apom lenggang

kuih bajet alim - kuih ketayap

kuih paling berhabuk - abuk2

kuih pencinta fauna - telinga kera

kuih awek rembes - kuih hasidah

kuih paling virgin - kuih sepit

kueh paling tua - nekbak


kuih paling best - kuih free

Hek hek hek

jangan mara haaaa....





malaysia memang kaya dengan pelbagai kuih muihnya




terliur tengok macam macam kuih ni


p/s : macam macam nama kuih tradisi kite
canggih manggih semuanya..
hik3..yang penting semua sdap sdap


***sumber dari unofficial memo


* pic from google

Tuesday, August 9, 2011

lAksA sEMpOi + kEria bAll


emm kawan kawan
dah pk ke aper juadah tuk berbuka arini
ari ari puasla memikir nak masak aper kan
macam me semalam
pikir pikir nak masak aper
godek godek resepi
ontheway balik umah
baru terpikir nak masak laksa

jadinyer me tak terus balik umah
singgah pasaraya jap
cari barang nak wat laksa
nampak plak ade ubi keledek
cam sedap jer wat kuih keria

jadinye pas beli barang barang
me rush balik umah
dan memulakan masak jam 6 petang
adoi...dalam kepala sempat ke ni

me rebus dulu bahan penting
rebus laksa n ubi keledek
(gigih jugak tu nak wat kuih keria)
me guna ikan sardin jer semalam
tak sempat nak rebus n blend isi ikan tu nanti
sempoi kan..hek3...


3 minit lagi nak berbuka
akhirnya siapla laksa sempoi ngan keria ball
tak dan nak uli wat gelang
janji rase tu tetap laksa ngan kuih keria da lakan




ini en kasih nyer
laksa pebret dia
tu me wt gak



ni round ke dua
kate pebretkan jadi kna makan lebihla
en kasih suke makan laksa dengan kicap
lemak lemak dia kate



laksa masak separuh bungkus jer



kuah laksa yang da tinggal separuh



bahan bahan ni la yang ralitnyer nak memotong
me sagat jer timun tu..cepat siap






ni plak keria ball
hek3...gula tak sempat seka me da masukkan kuih ni
tu yang gula tak keras lagi
tak sempat da
en kasih da bunyi
(plan nak bagi jiran..tapi tak sempat gak..orang da azan
takkan me nak bg salam kot kan...xde rezki latu)

seperti biasa
resepi laksa sempoi ngan keria ball me sertakan


Laksa Penang Sempoi

Bahan-bahan: ( 3 orang makan)

* satu tin sardin (kuah tak guna)
*bahan-bahan blend : 1 labu bawang besar
+ 3 sudu cili boh/cili giling
(ikut suka/pedas disukai)
+ seketul belacan (sebesar ibu jari)
* 4 keping asam gelugor
*air secukupnya
*garam secukup rasa
*daun kesum/bunga kantan
* laksa@ spageti setengah paket(sbg ganti kpd laksa)-direbus
* timun,bawang besar,cili merah, limau nipis/kasturi,
bunga kantan, daun salad,daun selom(dipotong@dihiris)
(bahan bahan hiasan tu ikut aper yang ade jer)
*2 biji telur rebus


Cara-cara:

*rebus laksa@spageti (dalam periuk asing)
* blend bawang besar, cili boh/giling, belacan bersama sedikit air
* kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend,
(jgn terlalu hancur)
* tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
* tambah lagi air sehingga kuah tidak terlalu pekat
*masukkan asam keping ke dalam periuk.
*tambah garam
*masukkan daun kesum@bunga kantan(me letak dua2)
*biarkan sehingga menggelegak

sedia untuk dimakan bersama bahan hirisan dan telur rebus





Keria Ball

Bahan bahan: (9-12 biji)

3 ketul ubi keledek
1 cawan tepung
garam
gula
air
minyak


Cara cara:
rebus ubi dengan air sehingga empuk
masukkn garam sedikit
angkat ubi dan buang kulit
ambik lesung batu dan tumbuk ubi sehingga lembut
masukkan tepung dan uli bersama ubi tadi
buat bentuk bulat
siapkan minyak dan goreng

kuali satu lagi masak gula bersama sedikit air
biar gula seka(agak keras/beku)
kemudian masukkan keria ball tadi
kacau kacau dan sedia untuk dihidang



p/s :sempoi sangatkan..hek3
bukan umihumairahadif la kalau tak masak sempoi2ni


**gambar tak clear guna hp jer

***arini macam nak wat mee bandung plak..hek3





Thursday, August 4, 2011

kiSaH 4 rAmaDan

semalam sebelum balik umah me singgah pasaraya
konon nak pucuk sayur dengan suun
puas cari tak jumpa plak
adepun pek besar macam tuk orang masak meniaga tu
me col en kasih suh jer dia belikan pucuk ngan suun tu
dan beli jugak kelapa atau santan

then sampai umah me kuarkan la lauk lauk nak masak
sementara tggu suun dan santan
me goreng ayam berempah, bawang csripy dengan sambal ikan
kulit popia ade lagi ingat nak wat murtabak ckit
kuarkan bahan bahan jugak

bila en kasih sampai uamh dia hulur santan
ngan sebekas besar mee dan meehun sup
dia kate jiran sebelah bagi
alhamdulillah..rezki kami
tiap tiap hari jiran tu bagi
me jer lum balas aper aper lagi..hek2
(cuti nanti la me balas jerk jiranku)

jadinyer me cancel nak wat murtabak
masak jer suun, bawang crispy, ayam goreng dengan sambal ikan
tak larat nak makan banyak banyak nanti
goreng ayam pun tuk lauk anak yang tak pedas


sampai waktu berbuka
me pun rase la dulu lauk masak lemak me tu
aduihai.....
masam plak....
mesti santan basi
tadi me cium ok jer..
xde plak bau masam
cian kat anak anak
da la pebret mereka lauk masak lemak
makan ayam goreng jer mereka
kena buangla jawabnyer lauk tu

en kasih kate ramai jer
beli santan tu tadi
cian la pada orang yang berbuka
xde lauk nak makan
kalau gulai basi kan

nasib me masak suun jer
kalau me wat gulai
abis sebelanga kena buang
hu2....membazir rasenya


arini me nak masak
TEMPE
pebret me tu
hik3..sedap2....




tempe ni seringgit dapat 5



home made tempe



segar bugar kan



alaa....xsbr nak msk tempe



ade orang suke makan tempe mentah
tapi me xleh la..rase kenyal2 gtu


dalam hidup me ade dua orang yang me kenal sangat2
yang tak suke makan tempe
dia kate tempe takde rase
rase kosong jer
pelik kan
padahal sedap sangat sangat tempe ni
kalau me leh hadap sorang sorang makan banyak mane pun

orang pertama yang tak suke ialah en kasih
dan orang kedua ialah lady barbella
mereka ni minat omputih nyer style jer kot
hek3..jangan mara lady barbella
sedang berdarah manis itu
ini ramadan terakhir dia bergelar cik solo


p/s : itu jer kisah 4 ramadan
bukan kisah aper sangat pun..hik3

***nota to en kasih...kite makan tempe yer malam ni
hek3...