Monday, August 1, 2011

bUah BeLuLuK


arini masuk da ramadan kedua..
alhamdulillah masih boleh bernafas
dipanjangkan hayat untuk beribadah

semalam me masak buah beluluk
tuk pencuci mulut
kawan kawan kenal x buah beluluk ni
setengah tempat panggil buah kabung
buah ni datang nyer dari pokok enau tu


ala..yang selalu jumpa dalam ABC tu
yang putih putih tu
tapi selalu orang buh warna

aritu balik dari kampung singgah kat Pilah
beli sebungkus
kalau time bulan puasa ni memang banyak
sepanjang jalan tu mesti ada orang jual

pebret me la sejak kecik dulu
ayah me suke beli
sedap bila makan sejuk2
simpan dalam peti leh la tahan lama
leh makan puas puas

kalau orang tak suke pelik rasenyer makan gtu jer
en kasih n anak anak macam tak berapa gemar
kena la me habiskan sorang sorang nampaknyer

kalau me tak leh nak minum air nira kalau balik kedah
cmtu gak kot en kasih rase pelik makan buah beluluk gtu je

tapi kalau nak masak kena pastikan punat putih
kat buah ni dibuang
sebab orang tua tua kate
leh mabuk makan nanti

selalunya yang jual tu dah siap buang nyer
kite beli n masak jer
senangkan




ni la buah beluluk@buah kabung




cuci bersih bersih




ni jelas cikit rupenyer...punat putih tu xde



masak air gula dengan daun pandan
kemudian masukkan buah beluluk dan masak sampai empok



buh pewarna tuk cantik dan menaikkan selera



sedap ni tau..tak sempat masuk peti nak bagi sejuk
me makan gitu jer..buh ais pun sedap gak



sangat sedap dimakan sejuk sejuk


p/s : buah beluluk memang orang cari masa bulan pose


menu sahur tadi:
nasi, ayam masak kurma, ikan masin, kurma dan air milo


menu berbuka macam nak masak gulai udang dengan nenas
(belum tengahari dah pk nak ape masak ..hik3)


info ramadan :

Firman Allah s.w.t. (mafhumnya) :
(beberapa hari yang ditentukan itu ialah)
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan)
Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).
Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya)
di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,
dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),
Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,
pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan
hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya
yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah Al-Baqarah : ayat 185]


Pengajaran :

1- Ibadah puasa Ramadan disyariatkan antara lainnya sebagai satu dari cara untuk manusia bersyukur kepada Allah s.w.t.

2- Syukur bermaksud manusia berterima kasih kepada Allah s.w.t.
di atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya ke atas manusia.

3- Jika hendak dihitung nikmat Allah ke atas kita,
nescaya kita tidak akan mampu menghitungnya
lantaran terlalu banyak nikmat tersebut.

4- Cukuplah dengan menyebut satu sahaja nikmat yang
terbesar iaitu nikmat hidup itu sendiri.
Dengan nikmat hidup, manusia dapat merasai seluruh
nikmat-nikmat yang lain seperti makan minum,
berpasangan, berkeluarga, bersenang-lenang,
berhibur, berkerjaya dan lain-lainnya.

5- Persoalannya, nikmat dikecapi setiap detik dan ketika..
berterima kasihkah kita kepada Pemberinya?
Semoga puasa dan Ramadan menyedarkan kita betapa
kasih Allah yang tiada taranya. Tidak pernah henti memberi nikmat,
sedang kita jarang sangat mengingatiNya
walau sekadar untuk berterima kasih di atas nikmat..


sumber info ramadan : Ustaz Pimpim UMP

5 comments:

  1. Salam..Xpernah k.atie tgk buah beluluk nih!jakun jap..hikhik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kak ti

    negeri lain ade gak kot

    mgkin name dia lain dan selalu ade time pose je

    ReplyDelete
  4. biasa gak makan tapi beli yg dah siap proses dah..

    ReplyDelete
  5. he2...lg mudah da ade siap mskkn.

    trus mknjer

    hek3

    ReplyDelete