Tuesday, August 2, 2011

duGaaN rAmadAN keTiga


hu2...memang dugaan dan cabaran pada me pagi tadi
pas anta anak g scol n umah pengasuh
me singgah isi minyak dulu
tapi bila da full tank
me nak start keta
tak idup plak enjin keta ni
selalu kalau me cube berkali kali idup gak
kali ni memang krikital sangat
huk2..dah la hand phone tiba tiba tak de line
(padahal bayar bil da..tu pun nak ckp)
adui.....sabar sangat sangat

nasib bangla stesyen minyak tu ada
diala tolong tolakkan kereta ketepi
then ade orang tolong tengok tengokkan
nasib duk kat msia
klau negara lain ade ke orang nak tolong
dan boleh kite percaya

alhamdulillah pas orang tu godek golek
keta me leh start
dan hp baru ade line
padahal tadi tu dah
berkali kali me on n off kan hp
takut rosak ke ape
sabar sabar lagi

da la me berpeluh berpeluh
basah baju n berbau da
huk2....
asal la time camni tiba tiba takde line
dugaan bulan pose memang lebih ckit kan..
he3....

selalunya
ALLAH bagi dulu dugaan dan kesusahan
sebelum datangnya kesenangan kan
insyALLAH..amin3

ade jer line me trus col en kasih
me cakap kat en kasih
tukar itu bateri kereta ini hari jugak
kalau tak
tukar itu kereta bagi baru
hik2.....


abis da satu cerita

*
*
*
*
*
*

semalam me terajin cikit
pas masak lauk gulai udang dengan nenas
goreng ikan n sayur mayur
me wat popia sempoi
senang, jimat, mudah dan berkhasiat
bahan bahan pun memang ada jer dalam peti tu

bahan bahannya:

lobak merah, sengkuang, udang, garam dan lada sulah
paling penting kulit popia lakan
(kalau ade taugeh lagi sedap)



me guna carot ni setengah batang jer



sengkuang pun setengah jer



dipotong halus



tapi me sagat jer..cepat siap
kate popia sempoikan



udang dibuang kulit dan dipotong kecil



gaul semua bahan yang dipotong tadi bersama garam dan lada sulah



kulit popia kedai made la



buh cikit bahan bahan tu dan gulung



kan da siap



senang sangat...sempoi jer...
me wat 15 minit lagi nak berbuka



goreng dengan minyak dan jadi la



kuah nyer tak sempat buat...
makan gitu jer panas panas
me wat lebih dan dah siap gulung simpan dalam peti
esok esok leh goreng lagi
kan senang
popia sempoi

*
*
*
*
*

info ramadan:

Puasa Tapi Tidak Solat


Apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat?
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya
kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut,
ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak.
Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan
(yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya),
para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya.
Berdasarkan pandangan jumhur ulamak (majority Ulama’) ;
puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa
yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang
perkara yang membatalkan puasa.
Maksud sah ialah ; dia tidak dituntut lagi mengqadha/
mengganti puasanya.
Namun persoalan berbangkit ;
adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah
sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang
cukup besar dalam Islam iaitu solat?
Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah.

Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riak,
solatnya sah (dari sudut fiqh) apabila cukup
syarat-syarat dan rukun-rukunnya,
namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riak tersebut.
Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya;
“Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat,
puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya.
Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya,
maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”.
Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah
sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta
dan melakukan pendustaan,
maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia
meninggalkan makan dan minumnya
(yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)”
[Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan
lain-lain dari Abu Hurairah r.a.]

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya)
telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah,
lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu
yang dosanya amatlah besar,
berkali-kali ganda lebih besar dari dosa
kerana akhlak mazmumah itu.
Hadis yang berikut juga menggambarkan
bagaimana amalan-amalan seorang hamba di hari akhirat
ditolak apabila rosak ibadah solatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. ;

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة ، فإن صلحت صلح له سائر عمله ، وإن فسدت فسد سائر عمله

Mafhumnya :
Amalan yang mula-mula akan dihisab
bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya.
Jika solatnya baik,
maka baiklah segala amalan yang lain.
Dan jika solatnya itu rosak,
binasalah segala amalannya yang lain

[Hadis Riwayat At-Tabrani dari Abdullah bin Qurth al-Azdi,
dinukilkan oleh sayyid Sabiq dalam Fiqh sunnah, 1/157,
dinilai sahih oleh al-Albani dalam silsilah sahihah,
1358, juga oleh alHafidz alMundziri
dalam Targhiib dan alHafidz alNawawi dalam alMajmu']




sumber info ramadan : Ustaz Pimpim UMP

No comments:

Post a Comment