Tuesday, August 23, 2011

SaLam LeBarAn




arini mungkin entry me yang terakhir sampaila
balik cuti dari hari raya nanti
da nama balik bercuti lappy memang gantung terus
entry entry me nanti semua jadi basi la kan
hek3..

petang ni me balik umah mak n ayah
tuk berbuka puasa
dan esok gerak ke Kedah
tahun ni beraya di kampung en kasih
lama da kami tak balik sane

jadi dikesempatan ini me nak ucapkan
selamat hari raya
maaf zahir batin
kepada semua kawan kawan blogger
dan rakan rakan yang membaca blog
me yang tak seberapa ini

diharap semua
berhati hati dijalan raya

moga ramadan yang kita lalui
telah kite penuhi dengan sepenuhnya
dan aidilfitri yang bakal menjelma
disambut dengan meriah dan barakah




p/s : moga kite semua selamat pergi dan sampai
ke destinasi yang dituju
insyALLAH amin3

Sunday, August 21, 2011

biSkut EasY NesTuM



salam kawan kawan
da banyak wat kuih raya
me ni jenuh la nak wat kuih
mengemas umah pun tak abis lagi

padahal dah nak balik kampung da rabu ni
hek3..awalkan me bercuti
tak sabar rasenya

ni kuih terbaru me wat dengan dibantu
pembantu cilik

bahan-bahan


1 ketul butter
1 1/2 cawan gula castor/gula halus
2 cawan nestum
2 1/2 cawam tepung gandum
1 sk baking powder
2 biji telur
1/4 sk garam halus2 sk vanilla/vanillin essence
nestum secukupnya - untuk golek-golekkan
ceri merah secukupnya - dipotong


cara-cara

  1. ayak tepung gandum dengan baking powder dan garam, ketepikan,
2.pukul butter dan gula hingga kembang, putih dan berkrim,
masukkan telur dan vanillin ,

3. gaul rata, tuangkan nestum selang seli dengan tepung,
gaul dan uli hingga jadi doh

4. besin size sederhana, ditabur sedikit nestum, secukupnya,

5. bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari, buat banyak-banyak

6. golek-golekan atas nestum, pusing-pusingkan dalam besin
tersebut supaya semua bebola kecil doh tersebut lekat nestum

7. susun atas dulang pembakar yang telah digris
dengan saki baki butter
atau dilapik dengan baking paper,
tekan sikit tengah doh dengan jari,
letak ceri kemudian tekan ceri itu pula,

8. bakar pada suhu 180C selama 30-45 minit atau
hingga secukup masak, sejukkan,
hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara



anak dara rajin menolong
me wat bulat bulat dia salutkan dengan nestum



me tau ceri tu agak besar
malas nak potong kecik2..hek3
dasar pemalas



ala...lupe snap gmbar pas dah dibakar
hek3..
takpelakan




ni masa week end cari barang
budak budak yang tak pose



uurrmmmm..sdap me
amboi mentang mentang tau umi dia suke




mata tu ralit tengok cite senario tak salah
duk berhenti pun depan kedai cd



ini budak comei yang abis gak makan sorang sorang
selalu me tukang abiskan
nasib pose



nasibla abang kat sebelah mereka tu penyabar jer
tengok sedap jer budak berdua ni makan ais



haaaaaiisssshhhh
dekat setengah jam tunggu diaorg ni abiskan ais tu
da dapat upah senang umi n abah cari barang


p/s : kena tambah adunan wat kuih ni
tak cukup lagi..hu3..

LaPan NaSiHat


LAPAN NASIHAT SAIDINA UMAR R.A



  • "Barang siapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu,
    maka dia akan diberi hikmah.

  • Barang siapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyukan dalam hati.

  • Barang siapa meninggalkan makan yang berlebihan,
    maka dia akan diberi kenikmatan dalam beribadah.

  • Barang siapa meninggalkan ketawa yang berlebihan,
    maka dia akan diberi kewibawaan.

  • Barang siapa meninggalkan jenaka,
    maka dia akan diberi kehormatan.

  • Barang siapa meninggalkan cinta duniawi,
    maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat.

  • Barang siapa meninggalkan perhatiannya kepada aib orang lain,
    maka dia akan diberi kemampuan untuk memperbaiki aibnya sendiri.

  • Barang siapa meninggalkan penelitian tentang bagaimana wujudnya Allah S.W.T, maka dia akan terhindar dari nifaq (kemunafikan)


Thursday, August 18, 2011

bOnuS rAmaDaN




EMPAT CARA MERAIH SYURGA

Hatim Al-Asham r.a berkata :

" Barang siapa meninggalkan empat perkara untuk empat perkara yang lain, nescaya dia akan dapat meraih syurga, iaitu :

  1. Meninggalkan tidur untuk alam kubur,
  2. Meninggalkan sikap membanggakan diri untuk timbangan mizan,
  3. Meninggalkan istirehat dengan beralih kepada titian siratulmustakim,
  4. Meninggalkan syahwat untuk syurga. "

-Meninggalkan tidur untuk kubur

maksudnya menggantikan tempat tidur dengan melakukan amal soleh

yang dapat membuat ketenangan di alam kubur kelak sesudah matinya.


-Meninggalkan sikap membanggakan diri untuk timbangan mizan

maksudnya mengganti sikap membanggakan diri dengan melakukan amal soleh

sehingga timbangan kebaikannya dalam mizan di akhirat kelak menjadi berat.


-Meninggalkan istirehat untuk titian siratulmustakim

maksudnya menggantikan ketenangan istirehat dengan melakukan amal

yang membuatnya dapat melalui titian dengan cepat,

yakni meninggalkan segala bentuk maksiat.


-Meninggalkan syahwat untuk syurga

maksudnya menggantikan kesenangan-kesenangan

dengan melakukan pelbagai ibadah meskipun terasa berat dalam melakukannya,

kerana sebagaimana disebutkan dalam satu hadis -

syurga itu dipagari dengan sesuatu yang tidak disukai oleh kebanyakan manusia.



putri ku sayang



putra ku sayang



tanda cinta


p/s : amin amin kan


Tuesday, August 16, 2011

kAta SayaNGkan NegAra


bulan pose dengan semangat merdeka
bersemangat tak kite semua

kate sayangkan negara
tapi baru suruh pasang bendera
tu pun tak mau

susah sangat ke kita nak menghargai
dan menjiwai semangat merdeka

tepuk dada
tanya selera

yang penting kite anak merdeka
kenalah bebaskan negara ini

dari penjajahan budaya
dan gejala tidak sihat

supaya negara tetap aman
dan bebas selamanya

insyALLAH




acara memasang bendera di opis



giat dan sepakat



sentiasa bekerjasama



anak bangsa merdeka



menjiwai hati merdeka



p/s : biar negara tetap merdeka

Monday, August 15, 2011

MAnA miLiK kiTa




Mana Milik Kita;

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya

Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong

Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah

Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu

Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

waallahualam..




p/s : xde mood nak taip entry
tak bape sihat

Friday, August 12, 2011

INFO RAMADAN (4) - Muhasabah Iman



INFO RAMADAN (4) - Muhasabah Iman

Kita telah mendekati separuh bulan Ramadan.
Bulan yang penuh dengan pelbagai tawaran,
ganjaran dan peluang yang dikurniakan
Allah s.w.t. kepada hambanya.
Jaminan keampunan atau maghfirah,
pahala berganda, doa mustajab, pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan palbagai lagi.

Di sinilah perlunya kita menghitung
dan menilai tahap iman kita.
Kesemua peluang yang ditawarkan di atas adalah sangat hebat
dan menguntungkan bagi pemilik iman yang hakiki.

Bagaimana pula dengan kerja buat kita
di separuh Ramadan yang lepas?
Adakah kita telah menggandakan amalan kita?
Bagaimana dengan solat fardhu kita?
Bagaimana dengan solat berjemaah kita (bagi lelaki)?
Bagaimana dengan solat malam kita?
Bagaimana dengan tadarus Al-Quran kita?
Bagaimana dengan iftar dan sahur kita?
Bagaimana dengan doa dan munajat kita?
Bagaimana dengan tingkah laku dan pertuturan kita?
Bagaimana dengan infak dan derma kita?
bagaimana dengan persiapan lailatul Qadar kita?
dan lain-lain lagi...

Jika kita melalui Ramadan tanpa apa-apa peningkatan
demi merebut tawaran ghaib yang sangat hebat
dan mengujakan itu,
apalah yang boleh kita buktikan
untuk lebih baik di bulan-bulan yang lain
yang tiada tawaran setandingnya?

Jika dengan tawaran hebat pun
jiwa kita tidak bersungguh dan bersemangat,
apa yang boleh diharapkan di bulan
yang tiada tawaran-tawaran yang sehebat itu..

Tanyalah diri kita masing-masing..
Ada imankah dalam hatiku???






ya ALLAH moga aku, suami, anak anak dan kaum keluarga
sentiasa diberi hidayah dan berada dalam lindunganmu

amin amin amin


p/s: sudahkah aku mengunakan kesempatan
yang ada dengan sewajarnya




***sumber info ramadan ustaz PIMPIM UMP


Thursday, August 11, 2011

mAsak tUk bErBuka sImple sEmpOi jEr


emm..tak tau nak letak entry tajuk aper
tak tau gak nak cite aper arini
petang petang ni
dah mula pikir nak masak aper nanti
dalam peti ade ayam, ikan n udang ckit
emm aper la nak masak arini
me bandung ok kot
aritu tak jadi masak
senang ngan mudah jer kan

ni menu semalam
kebetulan teringin makan
ayam masak merah
bulan pose pulak roti tak la
lalu sangat nak makan
anak me aritu kate nak roti
tapi tak dimakannyer
dari membazir me wat bingka roti
bakar jer
leh tahan lama


ayam masak merah simple





bingka roti sempoi



ni sebelum dibakar



hasil pas bakar



mudah, cepat dan lazat



ni potong pagi tadi



aik ade tangan sape tu
tangan maira la
tuk makan sebelum g sekolah
dia tak pose pun



keria ball aritu ade lebih
yg frozen tu me tinggal goreng jer



ni plak lebihan moreh
puding jagung

*
*
*
*
*

seperti biasa resepi dikongsi
tuk yang 'rajin' sangat macam me tu hik3


ayam masak merah simple

Bahan bahan:
*ayam (ikut suke banyak mana)
*cili kering (diblender ikut pedas yang disukai)
* buah tomato (dibelah 6)
*sos tomato/sos cili
*sos tiram
*garam
*bawang besar 2 biji (1 tuk blend 1 tuk hiasan)
*bawang putih 1 ulas
*serai 2 batang (dipotong kecik2 tuk diblend)


Cara caranya:

step 1
blender cili kering + bawang besar
+ bawang putih + serai bersama
sehingga agak hancur


step 2
goreng ayam hingga masak (ketepikan)


step 3
panaskan kuali
tumis bahan blander tadi hingga pecah minyak
masukkan sedikit sos tomato/sos cili
tambah sedikit air (supaya tidak pekat)
masak hingga mendidih
masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
masukkan ayam dan buah tomato
masukkan juga hirisan bawang
kacau hingga sebati
angkat dan boleh dihidang




Bingka Roti Sempoi

Bahan bahan
roti 1 bungkus (atau ikut suke)
susu cair 1 tin
gula 1/2 cawan
telur 3 biji
vanilla/vanillin (xde xpe)
kismis
mentega sedikit
Sedikit cinnamon powder (xde xpe)


Cara caranya

campurkan telur, susu dan gula
kacau seketika (agak agak jer)
masukkan sedikit vanillin dan cinnamon powder
roti tadi disiat siat
dan direndam didalam adunan tadi
lenser loyang dengan majerin
tuang adunan tadi di dalam loyang
tabur kismis
dan bakar 180-200 'c selama 40 minit
siap untuk dihidang



kan senang jer semua resepi me
hik3..selamat mencube



p/s : bulan pose makan pun tak lalu sangat
tu masak simple simple jer
(ke malas sebenarnya)

PErHaTiAn, sEnArAi KUiH yAnG mErBaHaYa!




AWAS DGN NAMA KUIH-KUIH NIH.....

Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute = Cek mek molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari

Kuih paling bodo = doDOL (ini kuih ke?)

Kuih paling style = Kuih CARA

Kuih untuk mekap = Tepung Gomak

Kuih paling alim = Kuih Ketayap

Kuih berlagu = Qasidah

Kuih ala hispanic = Kuih Lopez

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih paling kaya = Jala Emas

Kuih paling jauh = Kuih Bulan

Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk

Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom

Kuih suka pukul = Kuih Lompang

Kuih dalam zoo = Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt

Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang

Kuih suka pow = Pau

Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udangzzzzz

kuih paling tenteram - kuih makmur

kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit

kuih kannibal - telinga kelling

kuih org x mandi = BAU-LU

kuih paling banyak = kueh mueh

kueh bajet gebu = apam gebu

Kuih yang org lelaki gemar = Kuih Tat

kuih penuh dgn harapan = agar-agar

kuih palig panas= kuih bakar

Kuih control cun = Seri ayu

kuih paling warak- tokaji serban

kuih suka menari-apom lenggang

kuih bajet alim - kuih ketayap

kuih paling berhabuk - abuk2

kuih pencinta fauna - telinga kera

kuih awek rembes - kuih hasidah

kuih paling virgin - kuih sepit

kueh paling tua - nekbak


kuih paling best - kuih free

Hek hek hek

jangan mara haaaa....





malaysia memang kaya dengan pelbagai kuih muihnya




terliur tengok macam macam kuih ni


p/s : macam macam nama kuih tradisi kite
canggih manggih semuanya..
hik3..yang penting semua sdap sdap


***sumber dari unofficial memo


* pic from google

Wednesday, August 10, 2011

MeNcInTai SuAmi JaNgAn SEpArUh HAti


me sedang membaca buku ni..
buku ni sangat menarik
me beli dekat dua bulan da
tak khatam khatam
ni baru abis




buku ni bukan la kisahnyer
pempuan curang atau lelaki curang
tapi kisah
curangnyer isteri jika tidak menjaga amanah
dan menjalankan tanggungjawab

kata cinta suami sepenuh jiwa
tapi hanya dari mulut dan kata kata
tidak dari perlakuan dan
amalan seharian
dalam membentuk
keluarga sakinah
keluarga bahagia


kalau betul kite sayangkan suami
bukan saja mencukup dan menjaga suami
dari luaran dan batin sahaja
tapi isteri kena ajak suami beribadah
ingatkan suami rajin ke masjid
bersedekah, menuntut dan mengajar ilmu
kepada isteri dan anak anak


jika isteri sayangkan suami
kembalila ke fitrah semulajadi
iaitu patuh kepada suami dan
pamerkan sifar kewanitaan dan kelembutan


seorang isteri perlu
membelanjakan harta suami dengan sewajarnya
jangan jadi isteri yang ada tawar menawar
dalam perhubungan

me suke akan petikan ini:

ali bin abi talib pernah berkata
sebaik baik wanita adalah yang harum baunya
yang sedap makanannya
yang apabila membelanjakan hartanya
dia berbelanja dengan sewajarnya
dan apabila dia menahan hartanya
dia menahannya dengan sewajarnya
dialah satu antara pekerja ALLAH
dan pekerja ALLAH tidak pernah rugi


dan sebuah syair lama yang meruntun jiwa

bila nasihat datang dari hawa nafsu
dan dari ketertipuan diri
namakan saja itu penyesatan
bila suatu kaum terconteng akhlak mereka
maka adakanlah upacara kematian dan
ratapan atas mereka

bila wanita membesar dalam kebodohan
para lelaki pun menyusu
dengan dasar kebodohan dan kedunguan

yang disebut yatim
bukanla ibu bapanya telah mati
dari kegelisahan hidup dan
meninggal terhina

yang dinamakan yatim adalah
yang engkau dapati dirinya
punya ibu namun membiarkanya
atau punya ayah yang sibuk sekali


serta bidalan yang menjadi inspirasi

wanita yang paling baik adalah
yang paling tinggi ketika dia berdiri
yang paling besar ketika dia duduk
yang paling jujur ketika bertutur
dan yang bila marah dia tetap santun
bila tertawa dia tersenyum


emm macam macam lagila
kisah, renungan dan tauladan
yang boleh dikongsi
memang sesuai sangat tuk isteri dan ibu
(ditujukan khas kepada me lanikan)


banyak yang kite terlepas pandang
memang kite tahu
tapi kadang kadang kite lupe
atau saja saje wat lupe
atau ade yang kite tak tau
tapi malu dan bodoh untuk bertanya


alamak macam me plak bagi tazkirah arini jer...he3



me rase buku ni wajib ade di semua rumah
leh diturun kepada anak anak juga nanti


p/s : moga kite perolehi keluarga sakinah mawaddah warahmah


*** me teringat satu petikan/bidalan
(bunyi lebih kurang gini)

jangan kite rakus mengumpul
harta dan kesenangan di dunia
belum tentu kite bahgia di akhirat sane
kerana belum tentu anak anak
mendoakan kite
malah mereka akan mengheret kite ke neraka
dengan harta yang kite cari dan kumpulkan

nauzubillah..





ilustrasi buku sebenar




Tuesday, August 9, 2011

lAksA sEMpOi + kEria bAll


emm kawan kawan
dah pk ke aper juadah tuk berbuka arini
ari ari puasla memikir nak masak aper kan
macam me semalam
pikir pikir nak masak aper
godek godek resepi
ontheway balik umah
baru terpikir nak masak laksa

jadinyer me tak terus balik umah
singgah pasaraya jap
cari barang nak wat laksa
nampak plak ade ubi keledek
cam sedap jer wat kuih keria

jadinye pas beli barang barang
me rush balik umah
dan memulakan masak jam 6 petang
adoi...dalam kepala sempat ke ni

me rebus dulu bahan penting
rebus laksa n ubi keledek
(gigih jugak tu nak wat kuih keria)
me guna ikan sardin jer semalam
tak sempat nak rebus n blend isi ikan tu nanti
sempoi kan..hek3...


3 minit lagi nak berbuka
akhirnya siapla laksa sempoi ngan keria ball
tak dan nak uli wat gelang
janji rase tu tetap laksa ngan kuih keria da lakan




ini en kasih nyer
laksa pebret dia
tu me wt gak



ni round ke dua
kate pebretkan jadi kna makan lebihla
en kasih suke makan laksa dengan kicap
lemak lemak dia kate



laksa masak separuh bungkus jer



kuah laksa yang da tinggal separuh



bahan bahan ni la yang ralitnyer nak memotong
me sagat jer timun tu..cepat siap






ni plak keria ball
hek3...gula tak sempat seka me da masukkan kuih ni
tu yang gula tak keras lagi
tak sempat da
en kasih da bunyi
(plan nak bagi jiran..tapi tak sempat gak..orang da azan
takkan me nak bg salam kot kan...xde rezki latu)

seperti biasa
resepi laksa sempoi ngan keria ball me sertakan


Laksa Penang Sempoi

Bahan-bahan: ( 3 orang makan)

* satu tin sardin (kuah tak guna)
*bahan-bahan blend : 1 labu bawang besar
+ 3 sudu cili boh/cili giling
(ikut suka/pedas disukai)
+ seketul belacan (sebesar ibu jari)
* 4 keping asam gelugor
*air secukupnya
*garam secukup rasa
*daun kesum/bunga kantan
* laksa@ spageti setengah paket(sbg ganti kpd laksa)-direbus
* timun,bawang besar,cili merah, limau nipis/kasturi,
bunga kantan, daun salad,daun selom(dipotong@dihiris)
(bahan bahan hiasan tu ikut aper yang ade jer)
*2 biji telur rebus


Cara-cara:

*rebus laksa@spageti (dalam periuk asing)
* blend bawang besar, cili boh/giling, belacan bersama sedikit air
* kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend,
(jgn terlalu hancur)
* tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
* tambah lagi air sehingga kuah tidak terlalu pekat
*masukkan asam keping ke dalam periuk.
*tambah garam
*masukkan daun kesum@bunga kantan(me letak dua2)
*biarkan sehingga menggelegak

sedia untuk dimakan bersama bahan hirisan dan telur rebus





Keria Ball

Bahan bahan: (9-12 biji)

3 ketul ubi keledek
1 cawan tepung
garam
gula
air
minyak


Cara cara:
rebus ubi dengan air sehingga empuk
masukkn garam sedikit
angkat ubi dan buang kulit
ambik lesung batu dan tumbuk ubi sehingga lembut
masukkan tepung dan uli bersama ubi tadi
buat bentuk bulat
siapkan minyak dan goreng

kuali satu lagi masak gula bersama sedikit air
biar gula seka(agak keras/beku)
kemudian masukkan keria ball tadi
kacau kacau dan sedia untuk dihidang



p/s :sempoi sangatkan..hek3
bukan umihumairahadif la kalau tak masak sempoi2ni


**gambar tak clear guna hp jer

***arini macam nak wat mee bandung plak..hek3





LuV CooKisS


ramai sekarang orang bagi sample kuih raye
macam macam rupe
macam macam bentuk
macam macam warna
tapi kadang kadang rase lebih kurang jer

macam tahun lepas
tahun ni me wat gak kuih raye
dengan bantuan anakanda tercinta
humaira mesti nak menolong nyer..hik3

kalau me nak beli kuih raye ni
banyak gak kena kuar modal
da la banyak umah
takkan bagi mak n mak mer n nenek tercinta
satu jenis kuih jer kan
hiik3..jadi nyer..buat jer la sendiri
me wat yang simple simple jer
buat banyak banyak

antara kuih pebret
luv cookiss
wahhh..da la namanyer luv
ade kiss kiss lagi tu..hek3
sebenarnya me guna resepi finger cookies
masa wat tu tak jumpa plak nozzle bergerigi
jadi me canai dan terap jer la
anakanda me suke terap terap ni

masa nak deco plak
aiiiiii..sabar sangat..ramai nak menolong
jadinyer...macam macam corak ade kat kuih tu




panas lagi kuar oven



ruper jer lain
tapi rase tetap sama
hek3....



besar besarkan...
senang sangat la nak wat nyer



luv luv
kiss kiss




haaa...sangatla 'tomei'kan..
hik3...


ni resepi nyer

Bahan-bahan:
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising(atau gula pasir dimesin halus)
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila/vanilin
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA

Hiasan :
Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila,
masukkan telur dan pukul hingga kembang.

2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi,
tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan,
gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

3. Gunakan nozzle bergerigi dan paip
di atas dulang yang di leser dengan majerin
Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.

4. Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.

5. Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.


p/s : lupe plak me copy resepi tok guru mane
ampun yer tok guru kalau tengok resepi ni
me copy yer

****gambar guna hp jer, malas nak kuarkan dslr
(alasan jer..aiiiippppp)


Monday, August 8, 2011

hAdiF coLLeCtioN


anak pempuan ngan anak lelaki
masing masing ade minat ngan koleksi
mainan mereka sendiri
klau yang girl mesti la anak patung kan
yang lelaki mesti kereta
tak kan mereka nak berkongsi lak kan
sorang perempaun sorang lelaki
pelik plak kang hadif main anak patung
humaira plak tak kan nak main lumba kereta
hik..tapi kadang kadang mereka main gak same same


hadif memang minat kumpul kenderaan
suke sangat back hoe, bas, kereta racing
train, helicopter dan macam macam la
tapi ade satu lagi minat hadif ni
suke susun mainan dia jadi panjang panjang
susun bederet deret gtu

orang nak lalu pun susah dibuatnya
penah gak me terpijak n tersepak
bila kite kemas dia wat balik
bila suh kemas dia kate "nanak"
amboi amboi..banyak cantik
umi jual nanti baru tau...hik3




ni mainan yang besar
yang leh naik
parking lot adalah di dapur hek3



keta ni lama da...
tok wan beli tuk maira
jenuh kami bawa balik dari kedah
hik3..penuh boot keta mstu
maira jg mainan dia
sampai ke hadif macam macam jadi
dia nak repair keta tu macam abah dia
note to en kasih : mane tumpahnyer kuahkan bang...




ni beskal hadif....
lama gak ajar dia mengayuh
hik3..



keta sodok ni tukwan bagi ke hadif
sempena besday dia yg kdua
tokwan bw mai dr kedah nu



ni horse yang di tunggang bagai naik kuda gak
entah bape lame leh tahan tu



haa...ni mainan yang kecik kecik
tu susunan dia cantik jer




port paling suke dia susun kat kabinet tv




semua adik beradik disusun la



minat sangat ngan mainan ni



ni lom masuk koleksi heli ngan plane dia yang gedabak tu



haa..ni me susun dalam kabinet tu
keta tu keta minyak shell
pun dia susun gak sebenarnya



koleksi keta racing pun ade
design same...warna jer lain



ari ari me kemas
ari ari gak dia wat lane keta dia



ni baru nak menyusun la tu



sayang ngan mainan dia



pas main mest dia susun panjang panjang



sampai kat umah pengasuh pun susun berderet gni gak



train bawa back hoe




heli langgar lori
hik3....







aik termasuk gak gambar ni
hek3....
pencuci mulut semalam
bubur kacang





p/s : selalu ajar anak menghargai sesuatu barang