Monday, April 11, 2011

bUbUR gANduM sAGU mAtA IkaN bEsAR

Tajuk entry kali ni tak agak agakkan..he2..tak tau nak publish ape arini. Jadi layan jer resepi kegemaran my lil princess n prince

bubur gandum sagu mata ikan besar



bahan bahan :

gandum 1/2 peket
sagu mata ikan segenggam *
santan 2 cawan (tambah air jika pekat)
gula melaka/merah seketul kecil
gula pasir secukup rase
secubit garam
daun pandan
air untuk merebus


langkah 1:

* mula mula masak air didalam periuk. bila air dah mendidih masukkan sagu mata ikan. rebus sehingga masak. tukar air sehingga warna putih pada sagu mata ikan tu hilang.
(sila pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan sagu mata ikan besar ini supaya ia tidak hancur)


langkah 2:

Rebus gandum di periuk lain dengan dua cawan air selama 15 minit.
Masukkan gula merah (cincang @ potong kecil kecil untuk cepat hancur).
Masukkan daun pandan dan kemudian masukkan santan.
Tambah gula pasir secukup rase.
Letak sedikit garam dan masukkan sagu mata ikan yang telah kembang td.
Biar didih/masak seketika

Sedia untuk dihidangkan

(sila tapis dulu sagu mata ikan yang telah direbus tadi kerana air dari rebusan tadi boleh menyebabkan bubur menjadi likat/pekat)



mudah dan sedap




ni pebret budak ini




makan mesti bertambah tambah



baru bangun tido time ni..tapi nak makan gak



ssruuupp...sedap yer cayang


p/s : selain masak bubur, sagu mata ikan yang besar ni sedap dimakan dengan abd @ cendol

No comments:

Post a Comment