Sunday, January 9, 2011

pUisi RiOnG "APAKAH DOSAKU"




Acara : Malam Puisi Riong BH-UMP
Tarikh :
10 Januari 2011 (Isnin)
Waktu : 8.30 malam
Tempat :Kompleks Sukan UMP
, Gambang


Tetamu akan menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular dalam menyampaikan persembahan berkonsepkan Lagu Puisi mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi.

Antara artis yang akan beraksi Ramli Sarip, Ana Rafali ; penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Turut serta peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), penyair-penyair siber daripada Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anbakri dan Kablam diiringi pemain keyboard Juan Einriqie yang dibawa khas dari Singapura, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya (TV3) sebagai pengacara.




Semua dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

p/s :


No comments:

Post a Comment