Monday, April 11, 2011

bUbUR gANduM sAGU mAtA IkaN bEsAR

Tajuk entry kali ni tak agak agakkan..he2..tak tau nak publish ape arini. Jadi layan jer resepi kegemaran my lil princess n prince

bubur gandum sagu mata ikan besar



bahan bahan :

gandum 1/2 peket
sagu mata ikan segenggam *
santan 2 cawan (tambah air jika pekat)
gula melaka/merah seketul kecil
gula pasir secukup rase
secubit garam
daun pandan
air untuk merebus


langkah 1:

* mula mula masak air didalam periuk. bila air dah mendidih masukkan sagu mata ikan. rebus sehingga masak. tukar air sehingga warna putih pada sagu mata ikan tu hilang.
(sila pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan sagu mata ikan besar ini supaya ia tidak hancur)


langkah 2:

Rebus gandum di periuk lain dengan dua cawan air selama 15 minit.
Masukkan gula merah (cincang @ potong kecil kecil untuk cepat hancur).
Masukkan daun pandan dan kemudian masukkan santan.
Tambah gula pasir secukup rase.
Letak sedikit garam dan masukkan sagu mata ikan yang telah kembang td.
Biar didih/masak seketika

Sedia untuk dihidangkan

(sila tapis dulu sagu mata ikan yang telah direbus tadi kerana air dari rebusan tadi boleh menyebabkan bubur menjadi likat/pekat)



mudah dan sedap




ni pebret budak ini




makan mesti bertambah tambah



baru bangun tido time ni..tapi nak makan gak



ssruuupp...sedap yer cayang


p/s : selain masak bubur, sagu mata ikan yang besar ni sedap dimakan dengan abd @ cendol

Sunday, April 10, 2011

kUrA-KuRa PeliHaRaAn aNak-ANak








Kat rumah me takde la bela kucing atau ikan. Tapi me bela anak kura kura.
Mula mula malas nak bela ape ape tapi bila fikir nak suh anak anak sayangkan haiwan,
tak takut binatang n jadi orang yang bertanggungjawab. Jadinyer me pun beli la.
kebetulan gi pasar malam. Jumpa ade orang jual me beli la dua ekor.
Sekor betina n sekor lagi jantan.

Masa beli kecik jer. Besar duit 50 sen. Ni dah sekarang da besar. Kuat makan jgak.
Kura kura ni sangat senang nak menjaga nya. Air buh paras paras balang akuarium tu jer.
letak batu sikit n bagi makan dua kali sehari. Me cuci n mandikan nya setiap hari.
makan plak letak jer pallet dia tu dua butir sekor. pagi sekali malam sekali.

Senangkan. Kura kura ni aktif. walau pun nampak jer kecik. Suke bila kena cahaya terang.
n selalu la nak panjat keluar akurium tu.
geli jer rase bila tangan kite kena kaki kura kura ni..hek3



ni la kura kura anak me
yang jantan debo n yang betina debi
(asyik tukar name jer..hik)



nampak kecik n comel jer kan



ha..klau banyak tanda tu jantan




yang cikit jer corak tu betina la



ni akuriuam beli terus kat pasar malam aritu



batu batu tu dapat free jer



c..ni baru pas tukar air..nak makan la tu



ni makanan kura kura


p/s : bila besar nanti me nak lepaskan kat sungai
biar debo n debi hidup berdikari plak

Wednesday, April 6, 2011

tiAdA yANg leBiH mEmBAhgiAkaN


salam...me tak sihat malam tadi.badan seram sejuk.muntah muntah.
pagi ni rase xlarat lagi.tapi still kena keje sebab esok ade event.
banyak yang nak kena settle kan.tapi bila tengok gambar permata hatiku ini.
Rase tenang jer.Harap harap me makin sembuh




penawar me

p/s : pengasuh me ingat me peknen sebab hadif sekarang ni manja sangat
huk2..insyALLAH ade rezki tahun depan kot nak rancang sorang lg
hik2...

Tuesday, April 5, 2011

i'm zzzzzzzzzzzzz



so sleepy...cheer up la...
ooowwwhhh... 1 o'clock now...
take a rest...close you eye for a while




p/s : sunat lelap seketika sebelum solat zuhur kan

Monday, April 4, 2011

haPpY 2nD BEsDay HadiF



Tanggal 5/4/2009 amat bermakna buat me n suami. Kelahiran yang dinanti selamat dilahirkan selepas azan subuh. Sakit yang ditanggung tidaklah lama. Bagai mengerti perit dan sakit yang dialami oleh uminya. Anak ini sangat-sangat senang hendak dijaga. Nak-nak lagi berpantang kali itu me tak balik kampung. En Kasih la yang bersusah payah menjaga me anak ini. Kalau diikut oleh doktor sepanjang me mengandung.

Anak yang me bawa dalam perut 9 bulan itu bayi perempuan. Tapi ALLAH lebih berkuasa dan mengetahui segala2nya telah memberi kami seorang cahaya mata lelaki. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat atas anugerah mu Ya ALLAH

Kini anak ini telah berusia 2 tahun. Kerenahnya, keletahnya pengubat segala kedukaan, keresahan kepada me dan en kasih selain dari puteri sulung kami.

Muhammad hadif, seorang yang mempunyai matlamat begitulah maksud pada namanya. Hadif seorang yang lembut, penyayang, sangat-sangat pandai mengambil hati. Sayangkan kakaknya. Kalau ke kedai mesti ada gula2 atau coklat untuk kakaknya.

Sayang anak umi Muhammad Hadif...Umi, Abah dan Ayung doakan yang terbaik untuk hadif. Moga jadi anak yang soleh. Berjaya duniakhirat. Cerdik, pandai, bijak, menghormati orang tua, menjaga perasaan orang. Sentiasa berbuat baik dan ingatkan keluarga.Umi nak sangat2 hadif jadi seorang ustaz bila besar nanti. Umi sentiasa doakan yang terbaik tuk anak2 umi..amin2




sambutan besday di pagi hari sebelum kesekolah



alalalala..cayang adik..suap ckit



me wat malam td..kek simple n easy(malas sebenyarnye)
tak sempat nak bancuh krim. deco ngan tu jer
hek3..tapi rase sdap




simpan sebelum potong pagi td




ni hadif masa masih dalam pantang




dah 2 bulan masa ni



baru pas cukur rambut masa ni



ni masa da empat ke lima bulan



ni setahun yang lepas



bulat n debab



suke main air..mula2 jer takut




rambut panjangkan...kat salun ms ni tapi takut tgk tukang gunting tu



suke wat muncung..cantik sangat la tu



tengok anak bertuah ni...lori mainan dia pun nak naik




pantang tengok playground



suke main



c..nak wat muncung masa mulut penuh




suke nak angkat ganggang telefon



gambar semalam..macam jepun jer
mata sepet

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ni gambar ms balanja besday boy..pre besday



ustaz hadif suke kfc



suke kentang



humaira yang penat n mgantuk



tapi makan tetap berselera



senyum ngan mulut penuh



makan ayam plak



aik nak tembak sape tu



tengok tangan hadif tu



c..baikkan..suap kat abah dia



suap lg..kenyang abah dia mkn kntang jer



hadif suke peha ayam



gigit jangan tak gigit



emmmm....cedapnye...



nak ke??



gambar besday boy banyak tuk entry kali ni


p/s : moga jadi anak2 yang bertuah n mendoakan umi n abah