tema 70 an
hu3
p/s : xlahir lg ms era ini
pics : goo 70s
MyLil Princess xchat..kna muntah-muntah..xde selera nak makan..makan jer muntah...
minum jer muntah..sampai takut dah nak makan n minum....
tidor jer...sebab dah xlarat demam la pulak...tp alhamdulillah dah kebah dah demamnya..
cume makan jer xde selera sangat...
info dari positive parenting.
web ni bgus untuk ibu bapa bagi pendedahan mengenai permasalah anak2..semua isu ada
sedikit yang dicopy dr web tu..Apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya ia adalah tanda gangguan atau penyakit tersembunyi.
Anak-anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya kerana muntah adalah tanda penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus), jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.
Dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi petanda keadaan seperti saluran penghadaman tersumbat, jangkitan saluran kencing, gangguan pada mekanisme imbangan dalam telinga, hepatitis (radang hati) dan pankreatitis (radang pankreas). Tekanan meningkat dalam otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan kepala, pendarahan otak, tumor otak dan jangkitan pada otak seperti meningitis, turut boleh menyebabkan muntah. Si manja memerlukan perhatian serius jika muntah secara berterusan.
Bila perlu Berjumpa Doktor
• Muntah secara berterusan.Melegakan Kerengsaan Si Manja selepas Muntah
• Jangan menahan si manja daripada muntah.